Alamat: Institut Sains Biologi, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Email: ppcm1999@gmail.com

https://www.facebook.com/mushroomassociationmalaysia/


30 March 2011

Mesyuarat Agong MMRA ke 11 (27Mar2011)

AGM & seminar PPCM telah dikendalikan dengan lancar. Ribuan terima kasih kepada
- Prof Dr Noorlidah for her leadership;
- AJK for their hard work &
- speakers for sharing
- members for supporting

Welcome the AJK 2011/12 in action.

01 March 2011

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke 11 & Seminar Industri Cendawan

i. Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat
Agung Tahunan (AGM) Kesebelas Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia yang akan
di adakan pada hari Ahad, 27hb Mac 2011 jam 9.00 pagi, di Agrotek Garden Resort,
Sg Semungkis, Bt 14 Hulu Langat, Selangor ( 3.1556, 101.826439). Agenda mesyuarat
agung ialah:

1. Ucapan aluan oleh Presiden
2. Pengesahan Minit Ke 10 AGM
3. Perkara Berbangkit
4. Penerimaan laporan Ahli Jawatankuasa Eksekutif 2010/11
5. Penerimaan laporan kewangan 2010/11
6. Hal-hal lain

Kehadiran tuan/puan amatlah dialukan. Minit AGM Ke 10 akan diedarkan semasa AGM.

ii. Ahli-ahli yang hadir juga berpeluang menghadiri " Seminar Industri Cendawan" yang akan diadakan ( sila rujuk pengumuman terlampir). Sila sahkan kehadiran tuan/puan dengan menjawab borang pendaftaran pada pengumuman bengkel terlampir.

"Topik seminar:
1. Mengawal Serangga Perosak Melalui Kaedah " Natural Farming" oleh Puan Norliza Husin Jabatan Pertanian
2. Akreditasi SALM Dan SOM Dalam Industri Cendawan oleh Puan Siti Saudah Jabatan Pertanian
3. Kaedah Penanaman Cendawan Jerami oleh Puan Norhasyima Hashim Modern Farmer Agro Resources"

iii. Dimaklumkan bahawa persatuan akan mengadakan lawatan ke ladang-ladang cendawan di Bandung, Indonesia. Tempat adalah terhad. Oleh itu sila beri jawapan dengan segara beserta bayaran. ( sila rujuk pengumuman terlampir).

Sekian. Terima kasih

Saya yang menjalankan tugas.
Prof. Dr. Noorlidah Abdullah
Presiden
Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia

note : Peta Agrotech