Alamat: Institut Sains Biologi, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Email: ppcm1999@gmail.com

https://www.facebook.com/mushroomassociationmalaysia/


01 March 2018

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-18 & Seminar Industri Cendawan

Sukacita dimaklumkan kami dari Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia (PPCM) ingin menjemput Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-18 dan Seminar Industri Cendawan: Dari Ladang ke Kilang.
Tarikh: 24 Mac 2018 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Blok 11 DT1 & Bilik Seminar Kompleks Utama, Agensi Nuklear Malaysia
Sehubungan dengan ini kami juga akan mengadakan pertandingan poster yang dibuka untuk pelajar (pascasiswazah) dan orang awam.
Tarikh tutup dan penerimaan borang pendaftaran bagi Mesyurat Agung Tahunan Ke-18 dan Seminar Industri Cendawan ini adalah pada 3 Mac 2018. Manakala penyerahan abstrak bagi pertandingan poster adalah sebelum atau pada 28 Febuari 2018.
Kami amat berharap Dr./ Tuan/ Puan dapat menghadiri program anjuran kami ini. Segala kerjasama dari pihak Dr./ Tuan/ Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.