Alamat: Institut Sains Biologi, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Email: ppcm1999@gmail.com

https://www.facebook.com/mushroomassociationmalaysia/


25 February 2020

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-20

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-20
Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia (PPCM)

Tarikh: 14 Mac 2020 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Daftar segera sebelum 07/03/2020 (Sabtu)
* Borang keahlian dan pembaharuan keahlian boleh didapati dari laman blog PPCM, mushroomassociationmalaysia.blogspot.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
013-4044634 Cik Noor Fathiah (Setiausaha PPCM) atau 017-953 1944 Cik Afizah Sulaiman (Penolong Setiausaha PPCM) atau 012-970 2618 Dr. Chan Pick Kuen (Bendahari PPCM) atau 012-622 1149 Cik Rusila Yusof (Penolong Bendahari PPCM)

💲 Sila buat bayaran ke akaun Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia, Bank: CIMB, No akaun: 80-0128891-8 dan email salinan resit sebagai bukti pembayaran serta borang-borang berkaitan kepada: ppcm1999@gmail.com

Pautan Muat Turun:

11 October 2019

Rumusan Penganjuran Aktiviti 'Kolokium Lepas Tuai Cendawan, GPL & myGAP' Tahun 2019

Kolokium Teknik Lepas Tuai Cendawan, GPL & myGAP telah diadakan dengan kerjasama MARDI, FAMA & Jabatan Pertanian pada 8 Oktober 2019 (Selasa) bertempat di Kompleks Lepas Tuai MARDI, Serdang, Selangor.

Seramai 52 orang peserta telah menghadiri kolokium ini dari seluruh negeri termasuk peserta yang datang jauh dari Sarawak.

Iklan Kolokium Lepas Tuai Cendawan GPL & myGAP anjuran PPCM bagi tahun 2019

Tarikh: 08/10/2019 (Selasa)

Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Kompleks Lepas Tuai MARDI, Serdang, Selangor
===============================
Pengacara majlis disampaikan oleh Puan Nur Hafizah Sharudin dari Jabatan Pertanian
Kata-kata aluan disampaikan oleh Presiden PPCM, Dr Azhar Mohamad.
Dr. Azhar Mohamad, Presiden PPCM
Seterusnya taklimat pengenalan kursus di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) oleh Dr. Zaulia Othman
Dr Zaulia Othman dari MARDI

Sesi 1: Pengendalian Lepas Tuai

oleh Puan Nur Syafini Binti Ghazali, Pegawai Penyelidik Kanan
Pengendalian Lepas Tuai Cendawan Tiram MARDI
Puan Nur Syafini Ghazali dari MARDI

Demonstrasi Teknologi Lepas Tuai

Sesi 2: Penggredan, Pembungkusan & Perlabelan (GPL)

oleh Puan Siti Mariam Binti Abd Ghani
Penolong Pengarah Kanan
Cawangan Kualiti dan Standard FAMA


Puan Siti Mariam Abd Ghani dari FAMA

Sesi 3: Sijil myGAP

oleh Puan Dayang Mazadah Binti Awang Danen
Penolong Pengarah
Seksyen Pensijilan Ladang, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian Malaysia

Puan Dayang Mazadah Awang Danen dari Jabatan Pertanian Malaysia

Peserta yang hadir mendengar taklimat




ambar peserta yang hadir di Kolokium Teknik Lepas Tuai Cendawan, GPL & myGAP 2019 di hadapan bangunan Kompleks Lepas Tuai MARDI, Serdang, Selangor.

Gambar peserta yang hadir di Kolokium Teknik Lepas Tuai Cendawan, GPL & myGAP 2019 di dalam bangunan Kompleks Lepas Tuai MARDI, Serdang, Selangor.
Lagi album gambar sekitar program kolokium Klik disini

Rumusan Penganjuran Aktiviti 'Kursus Pengurusan Ladang & Penyakit Cendawan' Tahun 2019

Penganjuran 'Kursus Pengurusan Ladang & Penyakit Cendawan' adalah julung kali seumpamanya dianjurkan oleh PPCM pada tahun 2019. Ini adalah salah satu inisiatif barisan AJK baharu yang telah dilantik pada mesyuarat Agung PPCM yang ke-19 pada 22 Mac 2019 yang lepas.

Objektif penganjuran adalah untuk menyampaikan dan membetulkan maklumat berkaitan industri penanam cendawan yang seringkali ditimbulkan dan dibincangkan dikalangan penanam cendawan di Malaysia.


Gambar 'Kursus Pengurusan Ladang & Penyakit Cendawan' di Zon Selatan

Penceramah yang memberi taklimat bagi penganjuran kursus ini ialah Encik Hasmi Hassan, Pengerusi Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (KOKULAC) dan Encik Nabil Sanusi, Pengurus Nas Agro Farm.

Antara topik yang disentuh dalam kursus ini ialah:

Sesi 1
a) Pendaftaran perniagaan, MyGAP atau MyORGANIC
b) Penyimpanan rekod ladang
c) Penyimpanan rekod kewangan & pengauditan akaun
Penceramah: Encik Hasmi Hassan, Pengerusi KOKULAC

Sesi 2
a) Perancangan pengeluaran hasil cendawan
b) Pengiraan kos membuat bongkah cendawan
c) Pengiraan purata hasil per bongkah
d) Teknik meletak harga jualan cendawan
e) Amalan songsang dalam penanaman cendawan
Penceramah: Encik Nabil Sanusi, Pengurus Nas Agro Farm 

Sesi 3
a) Jenis-jenis penyakit yang menyerang cendawan tiram
b) Punca-punca serangan penyakit
c) Teknik mengawal dan mencegah penyakit cendawan
Penceramah: Encik Nabil Sanusi, Pengurus Nas Agro Farm 


Sesi 4
a) Amalan pencegahan penyakit cendawan di Thailand
b) Pelan pemasaran cendawan tiram kelabu
Penceramah: Encik Hasmi Hassan, Pengerusi KOKULAC



Sebanyak 4 kursus telah dikendalikan adalah seperti berikut:

1. ZON TENGAH
    Tarikh: 01/07/2019 (Isnin)
    Tempat: PUSAT PERTANIAN LABU LANJUT, SEPANG, SELANGOR
    Negeri: Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan
    Bilangan peserta: 41


Gambar para peserta kursus di Zon Tengah yang berlangsung di Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang
2. ZON SELATAN
    Tarikh: 13/07/2019 (Sabtu)
    Tempat: PEJABAT PPK LABIS, JOHOR
    Negeri: Johor, Pahang, Melaka
    Bilangan peserta: 24
    Liputan media: Utusan Malaysia


Gambar para peserta kursus di Zon Selatan bersama YB Mohd Solihan bin BadriADUN Tenang Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan.
3. ZON UTARA
    Tarikh: 17/08/2019 (Sabtu)
    Tempat: KOMPLEKS PERTANIAN BUMBONG LIMA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG
    Negeri: Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak
    Bilangan peserta: 48


Gambar para peserta kursus di Zon Utara yang berlangsung di Kompleks Pertanian Bumbong Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang
4. ZON TIMUR
    Tarikh: 24/08/2019 (Sabtu)
    Tempat: SMK RENEK, JERTEH, TERENGGANU
    Negeri: Terengganu & Kelantan
    Bilangan peserta: 42


Gambar para peserta kursus di Zon Timur yang berlangsung di SMK Renek, Jerteh, Terengganu
PPCM menyasarkan penyertaan seramai 20 hingga 30 orang peserta untuk setiap zon. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan dari kalangan penanam cendawan yang telah lama berkecimpung dalam industri penanaman cendawan. PPCM juga turut menerima permintaan dari mereka yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perusahaan cendawan.

Turut menghadiri kursus ini adalah beberapa pegawai dari agensi kerajaan seperti MARDI Serdang, pegawai dari Jabatan Pertanian Titi Gantong serta pensyarah dari institusi pendidikan awam seperti Universiti Malaya, UiTM, UPM, USM dan institusi swasta Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak.

Selepas ini, PPCM akan menganjurkan beberapa lagi siri kursus iaitu:

1. Kursus Pengurusan Ladang & Penyakit Cendawan (Telah disempurnakan) 2. Kolokium Teknik Lepas Tuai Cendawan, GPL & myGAP (08/10/2019);
3. Kursus Teknik Membuat Benih Cendawan Secara 'Low Cost Low Tech' (Kemaskini 30/08/2019 : Kursus ditangguhkan) 

Tarikh dan tempat kursus akan dimaklumkan dalam dalam sosial media facebook dan blog rasmi PPCM. Tunggu pengumuman rasmi dari kami.

11 June 2019

KURSUS PENGURUSAN LADANG & PENYAKIT CENDAWAN

'KURSUS PENGURUSAN LADANG & PENYAKIT CENDAWAN'
KURSUS PENGURUSAN LADANG & PENYAKIT CENDAWAN
_________________________________________________
Anjuran Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia (PPCM)
Kursus akan diadakan seperti di bawah :
---------------------------------
🍄 #ZON_TENGAH 
---------------------------------
Tarikh: 01/07/2019 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang, Selangor
---------------------------------
🍄 #ZON_SELATAN
---------------------------------
Tarikh: 13/07/2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pejabat PPK Labis, Johor
----------------------------
🍄 #ZON_UTARA
----------------------------
arikh: 17/08/2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Kompleks Pertanian Bumbong Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang
----------------------------
🍄 #ZON_TIMUR
----------------------------
arikh: 24/08/2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: SMK Renek, Jerteh, Terengganu







_________________________________________________
💲 Yuran kursus seorang:
RM100.00 (ahli PPCM)
RM150.00 (bukan ahli PPCM)

RM50.00 (pelajar)
 Kursus ini sangat relevan kepada penanam-penanam cendawan.
 Minum pagi, makan tengahari & minum petang disediakan.
 Setiap peserta akan diberikan Sijil Penyertaan.
 #TEMPAT_ADALAH_TERHAD
_________________________________________________
📞 Sila hubungi :-
013-404 4634 Cik Noor Fathiah (Setiausaha PPCM) atau
017-9531944 Cik Afizah Sulaiman (Pen.Setiausaha PPCM) atau
019-973 7799 Encik Hasmi Hassan (Tim.Presiden PPCM) atau
012-207 3982 Encik Nabil Sanusi (wakil PPCM Zon Tengah) atau 
019-269 2694 Cik Ita Hatta (wakil PPCM Zon Selatan) atau
017-680 8622 Dr. Aqilah Mohammad (wakil PPCM Zon Timur)

---------------------------------
KAEDAH BAYARAN
---------------------------------
Sila buat bayaran ke akaun Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia
Bank: CIMB
No akaun: 80-0128891-8
dan email salinan resit bukti bayaran kepada ppcm1999@gmail.com

03 May 2019

Mushroom Symposium & Fiesta (MSF2019): Mushroom For Wellness

Announcement: Mushroom Fiesta 2019

Mushroom Symposium & Fiesta (MSF2019) : Mushroom For Wellness

Mushrooms for Wellness

Highlights:

- Oral & Poster presentations: All aspects of Mushroom Biology, Cultivation and Biotechnology (Symposium: 23 Nov 2019)
- Public Session 1: Edible Mushrooms in Malaysia - Is it Super Food for the People (24 Nov 2019)
Public Session 2: Know Your Mushroom - Diversity, Nutritional Attributes & Functions (24 Nov 2019)
- Fiesta: Exhibition and Sale: Fresh Mushrooms & Mushroom Products (23-24Nov 2019)
Fiesta: Children Activities: Drawing, Coloring, Quizzes and Batik Painting (23-24Nov 2019)