Penganjuran 'Kursus Pengurusan Ladang & Penyakit Cendawan' adalah julung kali seumpamanya dianjurkan oleh PPCM pada tahun 2019. Ini adalah salah satu inisiatif barisan AJK baharu yang telah dilantik pada mesyuarat Agung PPCM yang ke-19 pada 22 Mac 2019 yang lepas.
Objektif penganjuran adalah untuk menyampaikan dan membetulkan maklumat berkaitan industri penanam cendawan yang seringkali ditimbulkan dan dibincangkan dikalangan penanam cendawan di Malaysia.
Gambar 'Kursus Pengurusan Ladang & Penyakit Cendawan' di Zon Selatan |
Penceramah yang memberi taklimat bagi penganjuran kursus ini ialah Encik Hasmi Hassan, Pengerusi Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (KOKULAC) dan Encik Nabil Sanusi, Pengurus Nas Agro Farm.
Antara topik yang disentuh dalam kursus ini ialah:
Sesi 1
a) Pendaftaran perniagaan, MyGAP atau MyORGANIC
b) Penyimpanan rekod ladang
c) Penyimpanan rekod kewangan & pengauditan akaun
Penceramah: Encik Hasmi Hassan, Pengerusi KOKULAC
Sesi 2
a) Perancangan pengeluaran hasil cendawan
b) Pengiraan kos membuat bongkah cendawan
c) Pengiraan purata hasil per bongkah
d) Teknik meletak harga jualan cendawan
e) Amalan songsang dalam penanaman cendawan
Penceramah: Encik Nabil Sanusi, Pengurus Nas Agro Farm
Sesi 3
a) Jenis-jenis penyakit yang menyerang cendawan tiram
b) Punca-punca serangan penyakit
c) Teknik mengawal dan mencegah penyakit cendawan
Penceramah: Encik Nabil Sanusi, Pengurus Nas Agro Farm
Sesi 4
a) Amalan pencegahan penyakit cendawan di Thailand
b) Pelan pemasaran cendawan tiram kelabu
Penceramah: Encik Hasmi Hassan, Pengerusi KOKULAC
1. ZON TENGAH
Tarikh: 01/07/2019 (Isnin)
Tempat: PUSAT PERTANIAN LABU LANJUT, SEPANG, SELANGOR
Negeri: Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan
Bilangan peserta: 41
|
Tarikh: 13/07/2019 (Sabtu)
Tempat: PEJABAT PPK LABIS, JOHOR
Negeri: Johor, Pahang, Melaka
Bilangan peserta: 24
Liputan media: Utusan Malaysia
Gambar para peserta kursus di Zon Selatan bersama YB Mohd Solihan bin BadriADUN Tenang Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan. |
Tarikh: 17/08/2019 (Sabtu)
Tempat: KOMPLEKS PERTANIAN BUMBONG LIMA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Negeri: Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak
Bilangan peserta: 48
|
Tarikh: 24/08/2019 (Sabtu)
Tempat: SMK RENEK, JERTEH, TERENGGANU
Negeri: Terengganu & Kelantan
Bilangan peserta: 42
|
Turut menghadiri kursus ini adalah beberapa pegawai dari agensi kerajaan seperti MARDI Serdang, pegawai dari Jabatan Pertanian Titi Gantong serta pensyarah dari institusi pendidikan awam seperti Universiti Malaya, UiTM, UPM, USM dan institusi swasta Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak.
Selepas ini, PPCM akan menganjurkan beberapa lagi siri kursus iaitu:
1. Kursus Pengurusan Ladang & Penyakit Cendawan (Telah disempurnakan) 2. Kolokium Teknik Lepas Tuai Cendawan, GPL & myGAP (08/10/2019);
3. Kursus Teknik Membuat Benih Cendawan Secara 'Low Cost Low Tech' (Kemaskini 30/08/2019 : Kursus ditangguhkan)
Tarikh dan tempat kursus akan dimaklumkan dalam dalam sosial media facebook dan blog rasmi PPCM. Tunggu pengumuman rasmi dari kami.